Lebih 5,000 banjiri kedutaan Amerika 0 ulasan

Image
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Kebencian penuh kesumat dan amarah yang masih membara di hati terhadap kebinatangan rejim Zionis Israel tidak dapat dibendung lagi apabila sejumlah 5,000 umat Islam dan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembunuhan zalim sejumlah lebih 700 penduduk Palsetin di Gaza sejak 27 Disember lalu.

Kedutaan Amerika menjadi sasaran utama demonstrasi besar-besaran itu anjuran PAS dan pelbagai NGO yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub. Turut serta Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli. Diiringi juga oleh pemimpin parti Sosialis Dr Nasir, Arutchelvan dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor Khairul Anwar.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Boikot Produk Amerika" "Stop Holocaust in Palestine" dan "Support Palestin" di samping laungan kemarahan orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan kedutaan tersebut yang turut menarik perhatian dan menjadikan Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan-kenderaan yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimulakan di pekarangan kompleks Tabung Haji dengan ucapan membakar semangat antaranya oleh Dr Hatta Ramli dan wakil-wakil NGO Islam yang lain yang mengecam dan mengutuk tindakan jahat Zionis itu.

Dalam keadaan displin orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kedutaan Amerika sambil mengangkat sepanduk dan gambar - gambar menyayat hati mangsa pembunuhan di Gaza Palestin sambil melaungkan kalimah "Lailahaillah". Pimpinan PAS dan NGO lain sambil berpegang tangan berucap mengutuk Amerika yang menjadi dalang keganasan Israel dan menyampaikan memo bantahan.

Seorang wakil kedutaan Amerika secara angkuh mengambil memo di pintu pagar lalu terus memasuki semula kedutaan.

Menarik perhatian ramai, sekumpulan peserta mengangkat dua replika mayat kanak-kanak yang siap dikafankan seperti jenazah dan berlumuran darah yang dibawa ke hadapan kedutaan sebagai ingatan kepada kebiadapan Amerika membantu Israel membunuh kanak-kanak tidak berdosa.

Turut mencuri tumpuan ialah terdapat para peserta yang mengangkat kasut-kasut memberi isyarat seolah-olah penghinaan terhadap Presiden Amerika George W Bush yang dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi kerana kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Muntazer seraya menjerit dalam bahasa Arab,"ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," jeritnya sambi membaling kasut

Selain itu, terdapat ramai juga masyarakat berbilang bangsa seperti India dan Cina yang turut serta menyertai di samping keberanian yang ditunjukkan oleh puluhan kaum wanita yang tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan yang sama.

Terdapat sejumlah 50 anggota polis dan simpanan persekutuan (FRU), kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm

Tembakan Katyusha dari Lubnan melanda Utara Israel. 0 ulasan

Jumaat ,09/01/2009 - Tentera Israel berkata beberapa bedilan dari Lubnan telah mengenai sasaran di Nahariya dan Shlomi utara Israel berdekatan sempadan Lubnan yang mengakibatkan 5 orang Israel cedera. Hamas dan Hezbollah berkata mereka tidak terlibat dalam serangan ini.

Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk berlindung buat seketika waktu untuk langkah-langkah keselamatan.

Ribuan meninggalkan rumah selepas mendapat ancaman tentera Zionis. 0 ulasan

Jumaat ,09/01/2009 - Beribu-ribu penduduk Palestin di Rafah meninggalkan tempat tinggal mereka selepas dipaksa oleh tentera Zionis selepas mendapat ancaman rumah-rumah mereka akan dibom. Media tempatan memberitakan jet Israel telah menjatuhkan notis yang berkata demikian untuk lari menyelamatkan nyawa mereka sebelum dibom atas alasan kononnya rumah mereka menjadi tempat perlindungan pejuang Hamas.

Wawancara : Perkembangan terbaru di Gaza. 0 ulasan

Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

1- serangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetkaa paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

2- pendapat saudara ttg tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel. kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?

Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

3 - saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 ? natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekak kan sahaja oleh Israel dah sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?

Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel dan AS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka di dekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

4- jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun … bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah ?

Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka menghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.

Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…

5-Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap utk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?

Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik gagal, pertubuhan2 NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.

6- Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?

Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.

7- Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiiti . TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?

Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…

8-Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?

Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang terlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. Walau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam.
Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.

9-Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?

Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

10-Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ? apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

Hospital Gaza merayu pada dunia untuk membekalkan rumah mayatnya dengan unit-unit peti ais. 0 ulasan

Khamis ,08/01/2009 - Hospital Shifa di Gaza, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, merayu pada pihak antarabangsa untuk membekalkan hospital dengan peti ais bilik mayat setelah kesemua unitnya telah dipadatkan dengan jumlah mayat yang semakin bertambah.

Pentadbiran hospital menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa saudara-mara kepada sejumlah besar yang syahid itu tidak dapat mengebumikan mereka kerana pencerobohan yang dilakukan oleh angkatan tentera Israel. Dr Hussein Ashur, pengarah kompleks perubatan Shifa, berkata tiada lagi ruang dalam unit dan mayat-mayat terpaksa dibiarkan bertaburan atas lantai di dalam bilik itu

UNHCR belum menerima respon dari Mesir untuk dibuka laluan. 0 ulasan

Khamis ,08/01/2009 - Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) berkata bahawa badan itu belum lagi menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak berkuasa Mesir di atas gesaannya untuk membuka laluan kepada penduduk Semenanjung Gaza melarikan diri dari peperangan yang sedang berlaku.

Jurucakap UNHCR Ron Redmont memberitahu wartawan di Geneva bahawa agensi itu tidak bertujuan menggalakkan rakyat Palestin melarikan diri meninggalkan Gaza, namun ianya adalah untuk memastikan perlaksanaan prinsip penting iaitu hak untuk melarikan diri dari kekejaman yang berlaku dan hak untuk mendapatkan perlindungan di tempat yang lebih selamat oleh penduduk Gaza dapat dilaksanakan.

Pihak UNHCR telah menegaskan pada Isnin lepas tentang keperluan yang amat mendesak kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di Gaza daripada semua pihak termasuk Mesir dan Israel.

Seorang ibu dan 4 orang anak di Gaza terbunuh dibedil kereta kebal. 0 ulasan


Isnin ,05/01/2009 - Seorang ibu Palestin dan empat orang kanak-kanaknya dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terbaru rejim Zionis di Gaza pada petang Ahad (4/1/09), medik dan saksi melaporkan.

Sumber-sumber perubatan melaporkan yang ibu dan kanak-kanaknya, Baker keluarga di Gaza berada di kawasan Attufah, mati terbunuh petang semalam selepas rumah mereka dibedil kereta kebal rejim Zionis..

Antara mereka yang terbunuh adalah seorang budak lelaki berumur satu tahun dan satu orang gadis berumur dua tahun, medik berkata.

Hamas : Rejim Zionis akan membayar harga yang mahal atas darah kami ! 0 ulasan


Isnin ,05/01/2009 -Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.

Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di kaca TV , Radwan menegaskan bahawa orang Israel menceroboh bertujuan untuk menjalankan projek perkauman yang ektrim dengan melanyak sesuka hati hak2 rakyat Palestin.

"Gaza akan menjadi satu kawasan perkuburan untuk anda (baca : rejim Zionis ) dan pencerobohan ini tidak akan menjadi satu perkara bersenang lenang. Anda tiada pilihan hanya untuk menghentikan pencerobohan dan menghapuskan pengepungan tanpa syarat. Anda tidak akan berseronok kecuali penduduk Palestin menikmati ia terlebih dahulu ," tegas pemimpin Hamas tersebut.

Satu dunia bersuara derita Gaza. 0 ulasan

Helsinki , Finland.

Amman, Jordan.

Chicago, US.

Cape Town , Afrika Selatan.

Caracas, Venezuela.

London, England.

Belfast, Ireland Utara.

Mexico City, Mexico.

Montreal, Canada.

New York, US.

Istanbul, Turkey.

PANAS! Abbas dan Dahlan Terlibat dalam Konspirasi Gaza. 0 ulasan


Ahad ,04/01/2009 -Media “as Safir” mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh.

as Safir menyatakan, “Tidak sampai 36 jam bermulanya serangan udara Israel ke Gaza, Mesir telah mengumpulkan para utusan dari Ramallah, Aman, Tel Aviv, Washington dan salah satu Negara teluk.” Sementara itu Muhammad Dahlan, berangkat dari Tebing Barat ke Mesir menggunakan pesawat milik salah satu syarikat penerbangan Israel.

As-Safir turut menyatakan bahawa antara perkara yang dibincangkan oleh Dahlan ialah perancangan selepas kejatuhan Hamas di Gaza. Ini membuktikan terdapat pakatan antara Fatah dan Zionis Israel.

Mubarak : Tanpa persetujuan Israel, kami tidak akan membuka pintu sempadan Rafah 0 ulasan


Ahad ,04/01/2009 - Presiden Mesir , Husni Mubarak berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak boleh sempadan lintasan Rafah untuk bantuan kemanusiaan tanpa satu persetujuan daripada Israel.

Katanya dalam satu temubual dengan televisyen Mesir pada petang Khamis dan setelah bertemu Perdana Menteri Turki di Sharm Al Sheikh: "Israel bertanggungjawab menjamin keselamatan mereka termasuk kawasan yang diduduki (baca : di jajah) iaitu dari utara ke timur ke selatan termasuk bersama Mesir dan barat iaitu kawasan perairan Gaza. Ini merupakan tanggungjawab Israel."

Beliau juga berkata bahawa lintasan sempadan Rafah akan dibuka untuk kes-kes bantuan kemanusiaan tetapi mereka perlu memaklumkan kepada orang Israel terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menyeludup senjata api dan di salurkan kepada pejuang Palestin untuk menentang rejim Zionis.

441 kematian terkini, hospital Gaza sesak dengan pesakit. 0 ulasan


Ahad ,04/01/2009 -Israel meneruskan untuk kelapan hari berturutan serangan ketenteraannya mengsasarkan orang awam sepanjang Semenanjung Gaza mengakibatkan dalam kematian 441 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 orang kanak2.

Dr Muawiya Hassanein, Pengarah ambulans dan kecemasan Kementerian Kesihatan, berkata kebanyakan mangsa-mangsa adalah orang awam termasuk 36 wanita dan 70 orang anak, mengakibatkan hospital-hospital Gaza penuh pesakit-pesakit dan kecederaan yang tidak dapat ditampung lagi..

Dr Bassem Naim, Menteri Kesihatan, mengingatkan yang hasil serangan rejim Zionis terhadap rakyat Gaza meningkat kerana tedapat lebih 400 orang awam Gaza yang cedera parah.

Dr Naim menyatakan bahawa tedapat kekurangan teruk ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang digunakan untuk mengendalikan situasi-situasi kecemasan, 50 peratus ambulans-ambulans sedang rosak kerana kekurangan alat ganti akibat pengepungan tentera rejim Zionis.

Ehud Barak : Kami akan terus serang Gaza ! 0 ulasan


Ahad ,04/01/2009 -Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, berkata petang semalam , serangan ke atas tentera rejim Zionis ke arah Semenanjung Gaza akan terus sehingga matlamat-matlamat mereka tercapai.

Barak bercakap dalam satu sidang akhbar berikutan serangan tentera rejim Zionis pada wilayah pantai Gaza..

Barak juga memberi amaran kepada tentera rejim Zionis untuk bersedia bagi membalas sebarang percubaan badan-badan serantau lain yang merujuk kepada parti Rakyat Lebanon Hizbullah yang akan membalas serangan tidak berkemanusiaan terhadap penduduk awam Gaza.

Menurut sumber-sumber Israel, kabinet Israel telah menyediakan matlamat serangan sekarang iaitu melemahkan infrastruktur kumpulan pejuang Palestin dan mengambil alih kawasan, di mana kumpulan-kumpulan dikatakan menembakkan roket buatan sendiri ke arah bandar-bandar orang Israel berdekatan (baca : tanah asal Palestin 1948).

Obama diam membisu ? 0 ulasan


Imbas Kembali . Barack Obama di hadiahkan t-shirt oleh Datuk Bandar Sderot , Eli Moyal sementara Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak (kiri ) melihat selepas memeriksa roket buatan sendiri Palestin yang di tembak ke arah penempatan tersebut tahun lepas." Note: sumber : electronicintifadha

Qardawi : Tiada siapa terkecuali daripada mempertahankan Gaza. 0 ulasan


Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Hari ketujuh, rejim Zionis terus membedil Gaza. Kematian terkini , 428 orang. 0 ulasan


Sabtu ,03/01/2009 -Untuk hari ketujuh, tentera udara rejim Zionis terus menggempur Semenanjung Gaza. Sumber-sumber Palestin melaporkan jet rejim Zionis telah mengsasarkan beberapa kediaman penduduk Palestin di beberapa bahagian Semenanjung Gaza. Antara sasaran ialah bengkel-bengkel, sekolah tempatan dan kenderaan awam.

Sumber-sumber perubatan menyatakan sepanjang serangan pagi Jumaat tadi , tiga warga Palestin telah terbunuh, dan sekurang-kurangnya 20 orang lain telah cedera. Antara mereka yang terbunuh adalah Fo'ad Al Mutawak, apabila rumahnya yang terletak di kem pelarian Jabalyia, bahagian utara kawasan pantai, telah diserang oleh tentera udara rejim Zionis.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan setelah serangan pagi Jumaat tadi, jumlah terkini maut di Gaza, ialah seramai 428 orang . Pihak Kementerian menambah bahawa terdapat tambahan 2,220 cedera, antaranya sekurang-kurangnya 300 adalah dalam keadaan kritikal.

Abbas Perintahkan Tenteranya Sekat Aksi Anti Israel di Tebing Barat. 0 ulasan


Sabtu ,03/01/2009 -Sumber-sumber pihak keselamatan di Ramallah menyebutkan arahan dan perintah telah sampai ke pihak keselamatan di kebanyakkan wilayah Tebing Barat dari pejabat Presiden Mahmud Abbas untuk menggagalkan sebarang usaha yang dilakukan pihak-pihak Palestin untuk memulakan intifadhah ketiga, khususnya di Tebing Barat, melalui demonstrasi dan protes serangan militan Zionis Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza.

Arahan ini dikeluarkan untuk melarang aksi-aksi protes yang berlaku di seluruh Tebing Barat menuju lokasi-lokasi pertembungan dengan militan Israel di pinggir bandar. Hal itu dilakukan demi menyekat tindakan demontrasi dan protes yang bertambah pada ketika meningkatnya mangsa korban sebagaimana yang terjadi pada awal intifadhah al Aqsa.

Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.

Image

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.

Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Image

Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini.

Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.

Image

Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm

Mesir rakan kongsi Israel dalam serangan terbaru ? 0 ulasan


Jumaat ,02/01/2009 -Dr Osama Al-Muzzaini , salah seorang pemimpin politik bagi pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, telah menggariskan pejuang Palestin masih berkemampuan untuk berlawan dan akan menyediakan "kejutan-kejutan" untuk angkatan tentera rejim Zionis.

Beliau memberitahu pihak media di pejabat Hamas di bandar Gaza , Hamas tidak pernah bersetuju pada "keadaan musuh yang amat memalukan " dan menolak kepada sebarang gencatan senjata.

Muzzaini menuduh bahawa Mesir berpakat sulit dengan musuh Zionis dan merupakan rakan kongsi dalam pencerobohan ini, tambah beliau ketua risik Mesir , Omar Suleiman telah dipetik sebagai berkata , Hamas patut di beri satu pengajaran.

16 lagi rakyat Palestin terkorban semalam. 0 ulasan


Jumaat ,02/01/2009 -Tentera udara rejim Zionis pada petang Khamis, telah mengebom rumah Dr Nizar Al-Rayyan, menyebabkan beliau dan 15 ahli keluarga beliau terbunuh.

Rumah yang disasarkan oleh tentera udara rejim Zionis berada dalam kem pelarian Jabalya yang penuh sesak menyebabkan banyak kerosakan rumah berdekatan serta kecederaan.

Dr Rayyan adalah seorang pensyarah universiti Islam dan mendapat penghormatan yang meluas sekitar kem pelarian Jbalya, terutama kerana beliau sentiasa berada di barisan depan demonstrasi menentang penjajahan rejim Zionis , bukan sahaja itu malah beliau tidak pernah teragak-agak untuk memakai sut ketenteraan dan menyertai Qassam Brigades dalam mempertahankan kem sepanjang serangan mendadak rejim Zionis..

Dr Rayyan juga juga yang mengambil inisiatif dua tahun lepas melindungi kediaman dengan membentuk perisai manusia daripada serangan udara rejim Zionis.

20 roket buatan sendiri Brigade Qassam telah dilancarkan 0 ulasan


Jumaat ,02/01/2009 -Sumber-sumber media Israel melaporkan pada hari Khamis , sekurang-kurangnya 20 buah roket buatan sendiri Qassam ditembak dari Gaza yang mana telah mencecah beberapa kawasan penempatan utara Israel.

Menurut sumber tersebut , roket buatan sendiri telah mengenai bandar Negev Ashdod dan berdekatan Sederot.. Tentera rejim Zionis melaporkan ada kerosakan, tetapi tiada kecederaan . Pergerakan Hamas dan fraksi2 lain mangaku bertanggungjawab dalam serangan itu dan berkata itu merupakan satu reaksi ke atas serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza.

Pihak tentera rejim Zionis telah melancarkan serangan udara besar besaran di Gaza pada Sabtu lalu . Hari ini, jumlah maut telah meningkat kepada 412 orang rakyat Palestin. Roket buatan sendiri Palestin telah membunuh empat orang rakyat Israel sepanjang tempoh yang sama

Masri : Hamas akan menang dalam peperangan ini. 0 ulasan


Khamis ,01/01/2009 -Penggubal Undang2 Palestin , Mushir Al-Masri dari pergerakan Hamas telah menolak tuduhan segolongan pemimpin Arab pada Rabu lalu yang nasib Hamas di dalam tangan Iran dan Syria, dan beliau menegaskan yang Hamas akan menang pertempuran menentang rejim Zionis di Gaza.

Menurut Masri, tuduhan-tuduhan seumpama itu adalah sebahagian daripada agenda Israel dan US untuk menyerah diri sepenuhnya dan tunduk kepada US.

Suara2 bacul seperti itu sepatutnya pergi dari gelanggang lelaki sebenar yang ingin mengembalikan maruah dan kehormatan ummah ",ujarnya dalam satu temubual dengan Quds Press.

Beliau turut menekankan yang Hamas masih merupakan barisan pertama pertahanan dalam umat Arab dalam serangan rejim Zionis sekarang ini.

Masri menegaskan bahawa kerajaan PA Ismael Haneyya akan melaksanakan dengna terperinci apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

Terkini : 58 Roket Qassam dan 14 Roket Grad gempur Israel. 0 ulasan


Khamis ,01/01/2009 -Brigade al Qassam menyatakan pihaknya telah melepaskan 58 roket ke arah bandar-bandar Israel. Sebanyak 14 roket jenis Grad. Antara bandar yang terlibat ialah Asdod, Ashkelon, Yabna dan Sderot. Serangan ini semua sebagai serang balas terhadap keganasan Zionis-Israel.

Al Qassam menambah lagi, “Kami tegaskan bahawa Zionis-Israel telah mengambil tindakan yang bodoh yang menyebabkan mereka sendiri yang telah membuka pintu-pintu neraka. Oleh itu, tunggulah balasan daripada kami!".

Olmert : Pemimpin Arab galakkan kami menyerang Gaza. 0 ulasan


Khamis ,01/01/2009 -Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert telah mengesahkan Rabu lalu bahawa beliau di galakkan oleh segolongan pemimpin-pemimpin Arab bukan untuk menghentikan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza.

Pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Gaza telah membunuh hampir 400 nyawa Penduduk Palestin, kebanyakan adalah anak dan wanita, dan yang tercedera di sekitar 2000 , sekurang-kurangnya 200 yang tercedera dilaporkan kritikal.

Akhbar Haaretz turut melaporkan Olmert menyatakan empat syarat sebelum bersetuju menghentikan serangan ke atas Gaza.

Syarat tersebut termasuklah , pejuang Palestin di kehendaki menghentikan sebarang tembakan roket buatan sendiri terhadap penempatan Israel (baca : tanah asal rakyat Palestin 1948 ), menghentikan penyeludupan senjata melalui terowong sepanjang sempadan-sempadan Gaza Mesir, dan menubuhkan sistem penyeliaan bagi memastikan Hamas akan melaksanakan syarat tersebut.

Hospital di Gaza dalam keadaan tenat. 0 ulasan

Khamis ,01/01/2009 - Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ.

Hospital itu telah memindahkan beberapa peralatan perubatan ke tingkat bawah tanah. Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Kesihatan Gaza, Medhat Abbas memberitahu IRIN: "Al-Shifa tidak pernah menerima kesemua ratusan pesakit secara serentak. Kakitangan hospital hanya menggunakan kain untuk memberhentikan pendarahan dan banyak pesakit telah mati akibat kekurangan bekalan dan peralatan."

Penganalisis Israel: Hamas akan bertindak lebih agresif. 0 ulasan


Rabu ,31/12/2008 -Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke Gaza memasuki fasa sukar. Mereka menegaskan bahawa pukulan keras pertama dan mengejutkan oleh Israel sudah selesai. Kejayaan militan yang mengundang rasa kagum sudah mulai menurun dan musuh (pejuang Palestin) mulai bangkit dan berkobar, merujuk serangan roket Al-Qassam semalam.

Penganalisis politik Israel di akhbar Haaretz Israel, Alov Ben menyebutkan bahawa konflik antara elit Israel berkenaan sama ada perang akan dilanjutkan atau dihentikan sudah mulai kedengaran. Beliau menyatakan, Israel sebelumnya ingin melanjutkan perangnya sehingga menguburkan Hamas. Namun bekalan yang sudah disiapkan sebelum perang sudah mulai kehabisan.

Alov menunjukkan beberapa laporan media membuktikan bahawa perbezaan elit Israel itu seharusnya menjadi isyarat pentingnya mengambil pelajaran dari perang Lebanon tahun 2006. Beliau menyatakan bahawa ada kaitan yang rapat antara perang Israel kali ini dengan pilihanraya umum Israel tahun hadapan.

500 sertai himpunan di KL semalam. 0 ulasan

Rabu ,31/12/2008 -Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek 0 ulasan

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.

Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!

4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?

Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.

6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?

HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.

7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?

Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.

8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?

Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak-kanak perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara-negara Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

Bot "Dignity" diserang tentera laut rejim Zionis ! 0 ulasan

Rabu ,31/12/2008 -Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak,

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.

Kubu Hamas musnah dalam serangan udara terbaru pagi tadi. 0 ulasan

Rabu ,31/12/2008 -Beberapa kapal terbang rejim Zionis telah melancarkan beberapa serangan udara di semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah mencederakan 3 rakyat Palestin termasuk seorang cedera parah.

Beberapa saksi telah memberitahu bahawa serangan berlaku awal pagi di mana telah memusnahkan stesyen polis pihak Hamas dan beberapa bangunan lain. Serangan tersebut juga telah memusnakan bengkel-bengkel di tengah pekan Gaza termasuk kubu-kubu Hamas di utara Beit Lahiya. Kubu Hamas berdekatan Beit Hanoun juga turut musnah.

Serangan susulan udara tersebut berlaku selepas rejim Zionis memusnahkan kubu ke tiga Hamas di Selatan Semenanjung Gaza